~ Anything About My Boring Life ~

Tuesday, 25 October 2011

From PD With Love

“Hai.. seorang aje ke?” tegur satu suara dari belakang. Safa mengeraskan diri. Dia tidak mahu melayan. Tangannya erat memegang tiang.
“Duduklah,” pelawa pemuda itu.
Safa cepat-cepat menggeleng. “Tak apa. Dah tak jauh dah.”
“Ceh, sombong. Ingat dia lawa sangat?” Pemuda itu sekadar menggumam namun Safa masih boleh mendengarnya.
Safa terasa telinganya berdesing. ‘Kurang ajar betul mamat ni.. ayat pedas..’
Dia cuba menyedapkan hati dengan memikirkan yang pemuda itu sebenarnya bukanlah benar-benar ikhlas. Namun ternyata fikirannya meleset sama sekali. Pemuda bertopi itu lantas menegur seorang wanita pertengahan umur yang baru masuk ke dalam bas dan memberikan tempat duduk padanya.
Sesekali pemuda itu memandang Safa melalui ekor mata. Safa cepat-cepat berpaling. Pipinya merah dek perasaan malu kerana wasangka yang bukan-bukan. Dalam hati dia berdoa moga cepat sampai.

***************

Lututnya terasa lemah sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di perhentian bas yang terakhir. Masakan tidak, sepanjang perjalanan dari Seremban dia terpaksa berdiri dan bersesak-sesak dengan penumpang-penumpang yang lain. Perjalanannya pula hampir sejam.
Safa terpinga-pinga keseorangan di situ. Matanya melilau melihat sekeliling. Pemuda tadi tidak kelihatan. Orang ramai sudah pun bersurai sebaik mereka turun dari bas. Dia cuba mencari kelibat sepupunya Mira yang sepatutnya sudah berada di situ sedia menunggu kedatangannya.
“Dik, teksi dik?” Suara pak cik pemandu teksi itu lembut menegur.
Safa cepat-cepat menggeleng. Mujur ketika itu Mira muncul di kejauhan.
“Tak apa, pak cik. Saya naik kereta.” Sopan Safa membalas. Pak cik itu segera beredar mencari pelanggan lain.
“Weh, Safa! Sorry aku lambat! Ampun sangat-sangat!” Mira tersengih-sengih.
Safa mengetap bibir geram. “Sudahlah lambat, ada hati nak sengih lagi tu!”
“Ala.. sorrylah. Aku tak sengaja. Tak dengar bunyi handphone.”
Handphone mahal-mahal tapi kalau tak bunyi tak ada gunanya.”
Mira tersenyum lebar. “Marah nampak?”
“Tak marah. Geram aje. Dahlah dalam bas tadi ada mamat sengal. Mulut tak ada insurans pulak tu. Kau pulak lambat,” ujar Safa dengan muka kemerahan.
Okay, okay. Jangan geram-geram ya? Jom kita balik rumah. Kat rumah ada banyak makanan. Kau mesti suka. Kau dah lapar kan? Aku tau kau lapar,” pujuk Mira. Dia cukup arif dengan sepupunya itu. Pantang diajak makan.
Safa tidak menunggu lama. “Iyalah. Aku dah cool down dah.”
Mira lega. Mereka berdua terus melangkah menuju ke kereta.

***************

Hembusan bayu laut terasa lembut menampar pipi. Safa khayal seketika. Alangkah seronoknya jika saat ini dia berpegangan tangan bersama si dia, bersama-sama menyusuri pantai yang indah ini.
“Hoi, berangan ke?” Lamunannya terus terhenti bila Mira menepuk bahunya.
Safa mencebik. “Kau ni kan, pantang tengok orang leka sikit. Kacau daun betullah. Aku baru nak berangan.”
Mira tergelak. “Tengah-tengah panas macam ni pun kau boleh berangan lagi. Eh, jomlah kita main banana boat.”
“Ala.. kalau boleh aku tak nak basahkan rambut aku. Baru aje aku buat treatment semalam.”
“Hampeh betullah kau ni. Hari tu beriya-iya kata nak mandi laut. Merengek-rengek nak datang PD ni tapi last-last kau tak nak mandi pulak. Rugi betullah.” Mira berkata sambil melemparkan tuala ke atas tikar. Adiknya Kila sudah lama masuk ke dalam air. Tidak ramai orang yang datang ke Teluk Kemang ketika ini kerana hari ini bukan hari minggu.
“Kau naiklah banana boat tu dengan Kila. Aku duduk sini aje ya. Jaga barang.” Safa beralasan.
Mira menarik muka masam. “Tapi aku nak kau ambil gambar aku time naik banana boat tu. Boleh aku post dalam Facebook. Ha.. apa kata kau naik bot? At least kau merasa jugak. Sambil-sambil tu kau ambil gambar kita orang. Amacam? Bernas tak idea aku ni?” Cepat sahaja mimik mukanya berubah ceria.
Safa lantas bersetuju. “Apa-apalah janji rambut aku tak basah.”
Tanpa berlengah mereka terus menuju ke arah seorang pemuda berusia tiga puluhan yang menyediakan perkhidmatan riadah air. Wang segera bertukar tangan. Pemuda itu lantas menghulurkan tiga helai jaket keselamatan untuk dipakai kepada Mira, Kila, dan Safa.
“Siapa yang tak nak naik banana boat tadi?”
“Safa. Ni dia.” Mira menuding pada Safa.
“Nanti adik ikut abang tu.” Bibirnya dijuihkan pada rakannya namun Safa tidak memberi perhatian pada lelaki itu.
“Aku pun kena pakai jugak ke?” Safa bertanya.
“Iya, kena jugak cik Safa,” celah seseorang. Safa segera mengangkat muka. Pandangannya terus terarah pada seorang pemuda bertopi yang sedang membetulkan ikatan tali di jaket Kila.
“Hai, bertemu lagi kita ya?”  
“Awak yang dalam bas tu kan?”  Ringan sahaja mulut Safa bertanya.
Mira sudah berdehem. “Bila masa kau orang kenal?”
Pemuda itu sekadar tersenyum.
“Rafi, kau bawak pulak.” Pemuda yang membantu mereka tadi dengan selamba mencampakkan sesuatu pada rakannya yang dipanggil Rafi itu. Balingannya disambut dengan baik.
“Jom, let’s enjoy!” Rafi nampaknya sudah tak sabar-sabar lagi. Kila dan Mira pula sudah mengambil tempat masing-masing di pelampung yang berbentuk pensel itu.
“Boleh naik?” Rafi yang terlebih dulu naik ke atas bot sudah menghulurkan tangannya pada Safa.
Safa tiada pilihan. Dia terpaksa juga menyambut huluran tangan Rafi. Tangan lelaki itu dengan kemas menarik Safa masuk ke dalam bot.
Bot mula dipecut. Mula-mula perlahan namun kemudian cepat sahaja bertukar laju. Ternyata Rafi cekap mengemudi. Safa sesekali mengerling Rafi sambil menguak rambut panjangnya yang ditiup angin.
“Apa tengok-tengok?” Rafi menegur.
“Ei.. perasan. Ingat dia handsome sangat?” Dia memulangkan paku buah keras.
“Memang pun.” Jawapan Rafi membuatkan Safa mencebik.
Rafi tersengih. Dia kembali fokus pada tugasnya sambil sesekala mencuri pandang Safa yang ketawa galak melihat Mira dan Kila dijatuhkan ke dalam air.

***************

Rafi tersenyum-senyum sendiri. Wajah Safa tiba-tiba menjengah tubir mata. Dia mengiring ke kanan pula. Dia tidak tahu mengapa dia boleh teringatkan gadis itu.
Petang tadi Safa dan sepupunya pulang selepas meluangkan empat jam di Teluk Kemang. Dia menyumpah-nyumpah sendiri kerana tidak meminta nombor telefon gadis itu. Sudahnya, dia hanya termenung memandang siling.
“Tak apalah.. kalau ada jodoh, InsyaALLAH boleh jumpa lagi.”
“Kau cakap dengan siapa tu?” tegur adiknya Naim yang entah sejak bila sudah ada di dalam bilik.
Rafi langsung tidak berkutik. Dia masih lagi termenung sambil tersenyum-senyum seorang diri.
“Woi, menungkan apa? Ada apa-apa ke kat siling tu?” Pandangan Naim turut diarah pada satu sudut siling yang kebetulan ada seekor cicak melekat di situ.
“Kau tengok cicak?”
Rafi membaling bantal. Pantas sahaja Naim mengelak. 
“Sibuk ajelah kau ni. Tolonglah bagi aku berangan dengan tenang.” Rafi pekup telinga dan mata.
Naim menggeleng. “Jom, pergi surau. Berjemaah lagi bagus dari kau tak buat apa-apa.”
“Nanti aku pergilah.”
“Kalau macam tu aku pergi dulu. Aku naik skuter. Kau jalan kaki aje ya.”
“Hei.. tunggu kejap. Aku ikut.” Rafi pantas bangun. Dia tidak mahu ditinggalkan begitu sahaja. Lagipun dia mahu berjumpa Abang Fendi untuk meminta upah menolongnya di Teluk Kemang petang tadi.

*************

Safa bersama-sama Mira sedang menolong ibu saudaranya memasukkan kuih-muih ke dalam bekas. Mak Cik Ina yang tinggal berhampiran berhajat mengadakan kenduri doa selamat. Jadi, kuih-muih tersebut akan dihantar ke surau.
“Kita cuma kena hantar aje kan?” Safa menyoal ketika mereka berdua bersama-sama berjalan kaki ke surau. Dia juga ikut bertudung seperti Mira.
“A’ah. Sampai sana nanti kita ikut pagar belakanglah. Segan pulak nak lalu depan. Mesti ada ramai orang lelaki.” Mira memberi cadangan.
Orang ramai sudah mula memenuhi surau. Sangkaan Mira tepat. Kaum Adam memonopoli ruang depan. Mereka lekas-lekas ke bahagian belakang. Terkial-kial Safa mahu membuka kasutnya. Mira lebih dulu melangkah dua anak tangga dan terus masuk ke dalam surau, meninggalkan Safa dibelakang.
“Alamak.. sorry..” Dalam kalut begitu Safa terlanggar seorang pemuda yang menghalang di depan.
“Aisehmen.. kena ambil wuduk lagi..” ngomel lelaki itu.
Merona merah muka Safa. Apatah lagi bila melihat Rafi yang dilanggarnya.
“Maaflah wak, saya tak sengaja.”
Rafi sedikitpun tidak mempedulikannya. Dia terus berlalu pergi begitu sahaja. Safa mencebik. Memang dasar orang sombong!
 “Eh, cik Safa!” tegur seseorang.
Rafi sedang mendekati sambil tersenyum. Safa terpinga-pinga. Dari mana pulak dia muncul? Em.. tapi tadi rasanya dia pakai baju warna kuning cair. Kenapa sekarang lain? Safa cuba mengingat semula warna baju yang dipakai Rafi tadi tapi mungkin dia yang tersilap ingat agaknya.
“Bertemu lagi kita ya? Lain muka awak pakai tudung.”
Safa sekadar bermanis muka. Agak segan dia dipuji begitu. ‘Tadi bukan main sombong. Sekarang okay pulak,’ bisik hati kecilnya.
“Woi, jom balik!” Mira tiba-tiba sudah berada di sisinya.
“Dah hantar kuih tu?”
“Dah.” Mira mengangguk.
Bye, kita orang pergi dulu.” Safa melambai.
“Eh.. kejap.” Rafi cuba menahan namun Mira dan Safa lebih dulu beredar.
Rafi mengeluh. Dia terlepas peluang untuk meminta nombor telefon gadis itu lagi...

***************

Keesokannya Mira mengajak Safa pergi ke pasar malam di Batu Empat. “Ramai betul orang kat sini ya?” ujar Safa. Mereka kini berada di pasar malam yang terletak di Batu Empat. Uniknya pasar malam ini kerena terletak bertentangan dengan pantai.
“Biasalah Safa... Hari minggu. Bukan selalu sesak macam ni. Ini pun nasib baik kita datang awal. Kalau kita datang petang or malam sikit, mesti lagi sesak.” Mira menerangkan.
Puas mereka memborong bermacam-macam makanan. Antara yang dibeli Safa dan Mira adalah air soya, cendol, apam balik, ayam golek, yong tau fu, dan pelbagai lagi.
“Oi.. Tengok ni! Macam bulan puasa pulak!” seloroh Kila.
Mira mencebik. “Ala... Sekali-sekala.”
“Nak makan tu.” Kila menyampuk. Bibirnya dimuncungkan pada gerai yang menjual kek-kek.
Mira mengangkat tangan kanannya yang penuh dengan beg plastik. “Dah banyak beli ni. Nak beli lagi ke? Cepatlah. Lepas ni kita balik. Nanti habis pulak duit.”
Safa dan Kila terus sahaja menghampiri kek-kek yang dipamerkan.
“Ya?! Nak kek apa? Blueberry ada. Cheese cake ada. Chocolate ada. Macam-macam ada!” Si penjual galak mempromosi.
“Eh, awak lagi?!” Safa terjerit kecil.
Mira sudah menepuk dahi. Lelaki ini lagi!
Rafi tersengih-sengih. “Iya.. saya lagi. Kita memang ada jodohlah cik Safa.”
“Woi, kenapa dia asyik panggil kau ‘cik’ Safa? Dia suka kau ek?” bisik Mira.
Safa pura-pura tidak mendengar.
“Kenapa? Nak beli kek?” tegur Rafi.
“Taklah. Nak beli baju.” Spontan Safa berloyar buruk. “Ei.. mestilah nak beli kek.”
“Pilihlah,” tawar Rafi.
“Awak ke yang buat semua ni?” Kila bertanya agak kagum.
“Taklah. Saya tolong jiran saya berniaga aje.” Seraya itu Rafi memandang seorang lelaki yang sedang melayan seorang pelanggan.
“Amboi, hebat sungguh awak ni ya? Kelmarin awak bawak banana boat, hari ni awak jual kek pulak,” puji Safa.
“Biasalah, time cuti. Apa yang penting, kerjasama.”
Mira dan Kila ketawa.
“Bagi yang ni,” tunjuk Safa. Malas pula Safa nak melayan.
Rafi terus mengambil kek yang ditunjuk lalu dimasukkan ke dalam bekas polisterin. Ketika mereka sedang leka berborak, dia sempat menulis sesuatu di dalam bekas itu sebelum dihulurkan kepada Safa.

***************

“Muka mamat nama Rafi tu boleh tahan jugak ya? Handsome, putih pulak tu. Ai.. bertuah kau Safa,” usik Mira. Tanggannya pantas mengeluarkan apa yang dibeli tadi lalu disusun ke dalam pinggan.
“Kenapa pulak?” Safa mencebik.
“Iyalah. Dia ingat nama kau. Lepas tu asyik-asyik panggil ‘cik’ Safa. Hisyh.. memang sah dia suka kat kau.”
“Suka-suka pun bukannya boleh kenal rapat pun. Cuma terserempak aje.”
“Ala.. kau pun jual mahal sangat. Eh, apa ni?” Mira menunjukkan kek yang dibeli tadi. Ada sesuatu yang tertulis di bekasnya.

‘Add me FB Rafi Haikal.’

“Ini dah nekad ni. Tengok! Dia suruh kau add dia.”
Mata Safa terbeliak bila ternampak tulisan itu. Mira pula sudah galak ketawa.
“Syh.. diam-diam boleh tak? Nanti satu family kau tahu.”
Mira menghulurkan bungkusan tersebut. “Nah! Simpan ni! Kau jangan lupa add dia nanti. Kesian pulak dia. Karang tertunggu-tunggu.”
Safa menyambut dengan muka yang merah. Argh.. kenapa mamat ni beriya-iya sangat?

***************

Safa terpaku di depan laptop milik Mira. Dia sedang leka meng‘upload’ gambar-gambar baru di Facebook. Tiba-tiba pula dia terasa perutnya memulas. Tergesa-gesa dia ke bilik air.
Mira yang leka membaca novel tadi terus bangun. Dia menjenguk laman Facebook milik Safa. Tangannya segera menaip nama Rafi Haikal.
“Ceh, minah ni belum add dia lagi. Meh aku tolong. Ok.. Friend Request sent.” Cepat-cepat Mira naik ke atas katil bila terdengar bunyi flush ditarik.
Safa kembali tidak sampai lima minit kemudian. “Eh, kau usik page aku ya?”
“Mana ada? Aku tak add Rafi, oppsss..” Mira menekup mulutnya.
“Hah?! Kau add dia?”
Mira tersengih. “Sorry.. aku sengaja. Bagilah peluang pada dia.”
“Ala.. kau ni.. eh,” Safa mencerlung memandang skrin. “Dia dah approve.”
“Mana? Mana?” Mira melompat dari atas katil. “Apa lagi? Jom kita tengok info dengan wall dia.”
Jari-jemari Safa pantas menekan.
“Dia study kat UM tu.. Huh, budak law.. wow.. Dia ni stylo jugak. Tapi tiapkali kita jumpa dia, gaya dia simple aje.” Mira seakan kagum.
“Mak ai.. Cuba kau tengok apa yang dia post kat wall dia ni. ‘Today I bump into her again.. Harap dapat berjumpa si dia lagi..’. Cayalah! Ramai pulak tu kawan-kawan dia yang like. Entah-entah kau yang dia maksudkan, tak?”
“Ala.. entah-entah orang lain.” Safa membalas.
Hope not so.” Mira menaruh harapan.

***************

Empat hari lagi akan genap seminggu Safa di sini. Sepanjang minggu ini setiap malam dia akan berbalas-balas pesanan di Facebook dengan Rafi. Safa mula terasa semakin dekat dengan pemuda bernama Rafi Haikal ini. Dia merasakan Rafi seorang lelaki yang peramah, aktif, serta ringan tulang. Ada sahaja aktiviti yang dilakukannya. Katanya, dia mahu menghabiskan cuti semesternya dengan benda-benda yang berfaedah.
“Macam mana kau dengan Rafi?” soal Mira sambil membetulkan rambutnya. Ketika itu,dia dan Safa baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir bertentangan dengan restoran francais KFC.
“Macam tu ajelah. Kita orang cuma kawan,” balas Safa sambil menutup pintu kereta.
Mira senyum sinis. “Kawan apa kalau tiap-tiap malam dah start berfacebook?”
Safa memandang ke arah lain. Kurang asam betul Mira ni. Macam tau-tau aje. “Cepatlah. Kata nak pergi beli barang lagi.”
“Eleh, nak tukar topik,” ujar Mira. “Eh, tu nampak macam…” Mira tidak menghabiskan kata-katanya.
Safa membuang pandang ke arah yang dimaksudkan Mira. Hampir terkeluar biji matanya bila terlihat Rafi sedang duduk berhadapan dengan seorang gadis cantik di dalam KFC. Siap bergelak ketawa lagi.
“Alamak.. apa dia buat tu?” getus Mira.
“Dia tengah makan dengan awek dialah!” Safa mengetap bibir geram.
“Entah-entah kakak dia,” ujar Mira cuba menyedapkan hati Safa.
“Kalau kakak, takkanlah mesra macam tu!”
“Kau cemburu ke?”
Safa tidak menjawab. Dia terus melangkah laju.
Mereka meluangkan masa hampir dua jam di sekitar bandar Port Dickson. Mira sdikit lega bila mood Safa kembali baik. Namun ketika mereka sedang asyik membelek-belek baju di PD Walk, Safa secara tidak sengaja terpijak kaki seseorang yang berdiri dibelakangnya.
“Alamak.. sorry. Tak sengaja.”
It’s ok. Tak apa.”
Hampir luruh jantungnya bila sekali lagi dia terserempak dengan Rafi. Rafi pula hanya memandangnya sebelum dia dan gadis tadi berlalu pergi begitu sahaja.
“Wei.. kau tengok tu. Dia buat-buat tak kenal aje,” ujar Safa sedikit geram. “Hei.. berapi aku.” Safa masih lagi merungut.
“Sabar, Safa. Sabar. Entah-entah sebab ada awek dia tak?” Mira turut hairan dengan gelagat Rafi itu. Sebelum ini bukan main lagi ceria wajahnya dan becok mulutnya bila ternampak Safa. Kali ni boleh pulak dia buat tak kenal.

***************

“Hei.. awak duduk sini sampai bila?” soal Rafi ternampak Safa dan Mira di pasar malam lagi Sabtu itu.
“Esok pukul dua saya nak balik Bangi dah.” Mendatar sahaja nada suara Safa.
Rafi tiba-tiba nampak murung. “Cepatnya..”
“Awak rindukan Safa ya kalau dia dah balik nanti?” duga Mira.
Rindu jugak.” Terang-terangan Rafi mengaku membuatkan Safa membulatkan mata. Hei mamat ni.. dah ada awek pun buat muka tak bersalah lagi!
“Esok pagi kita orang nak pergi rumah api Tanjung Tuan. Safa nak ambil gambar kat situ. Awak nak ikut?” ajak Mira. Dia tidak peduli bila Safa mencuit belakangnya.
“Em.. kalau sempat, saya pergi. Tapi tak janji, ya?”
“Tak harap awak pergi pun.” Safa berkata lalu terus berlalu pergi dengan wajah masam mencuka.
Rafi kehairanan. “Bad mood ke?”
Mira menjungkit bahu. “Entah.” Selesai membayar harga kek yang dibeli, dia kemudian cepat-cepat mengekori langkah Safa.

***************

Hembusan bayu laut menyambut kedatangan mereka. Angin bertiup agak kuat hari ini. Cuaca pula cerah. Mereka bersiar-siar di situ sambil mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.
Safa mengeluh bila sudah hampir sejam mereka di situ.
“Hei.. apa pasal kau mengeluh ni? Rindu kat dia ya?” Mira menyoal.
“Siapa?”
“Ala pura-pura tak tahu pulak. Siapa lagi kalau bukan Rafi? Nampaknya dia tak sempat datang.”
“Aku tak harap jumpa dia kat sini.”
Mira duduk di atas batu. “Tengok muka kau pun dah tahu. Muram aje.”
“Aku sedihlah nak tinggalkan kau.” Safa berdalih.
“Tak apa nanti hujung tahun ni kau datanglah sini lagi. Boleh jumpa si Rafi tu lagi. Kau rindukan dia, kan? Kau sukakan dia?”
Safa terasa pipinya merona merah dek tekaan Mira itu benar.
“Aku tak rindukan Rafi, lah! Aku tak suka dia!” Safa menjerit geram bila Mira tidak habis-habis menyakat.
“Tipu! Kau suka dia, kan? Kalau tak, takkan kau jealous bila kau nampak dia dengan perempuan tu.”
Safa memuncungkan bibirnya.
“Muncung tu kalau letak hanger mesti cantikkan?” perli Mira.
“Eeiii.. geramnya aku dengan kau ni!”
“Sentaplah tu. Padan muka. Mengaku ajelah kau suka dia.”
Safa menendang batu. “Iyalah! Iyalah! Memang aku suka Rafi!”
“Ehem.. ehem..”
Mereka berdua berpaling bila tersedar ada seseorang yang cuba menegur mereka. Terkejut Safa bila ternampak Rafi berdiri tidak jauh dari situ.
“Rafi awak datang jugak? Ingatkan tak datang tadi. Dah sejam kita orang kat sini. Ni ha.. Safa ni rindukan kau tapi dia tak nak mengaku. Muka dia muram aje sejak pagi tadi.” Mira lantas menolak Safa agar lebih dekat dengan Rafi.
“Weh, mana ada?!” dalih Safa.
“Kenapa awak diam aje ni? Cakaplah something kat Safa. Dia nak balik petang nanti.”
“Awak Safa, kan? Awak yang terpijak kaki saya kat PD Walk tu, kan?”
“Hah?” Safa pelik. “Awak kenapa ni Rafi? Lupa ke, buat-buat lupa?”
“Er.. sorry.. tapi..” Rafi gugup. “Saya bukan Rafi.”
“Ha?” Safa dan Mira sama-sama hairan.
“Apa benda yang awak merepek ni?” Mira bertanya. Dipandangnya ‘Rafi’ dari atas ke bawah. Muka dengan badan macam sama..
“Rafi cari kamu berdua kat sebelah sana. Dia suruh saya cari sebelah sini. Nama saya Naim.”
“Naim?” Safa kehairanan.
Naim senyum. “Saya Naim, kembar Rafi.”
“Kembar?” ulang Safa dan Mira serentak.
“Oppss.. nampaknya awak berdua dah jumpa Naim.” Rafi tiba-tiba muncul dari belakang. Bukannya jauh dia pergi pun. Sekadar berpusing-pusing di tempat yang sama juga.
“Rafi, awak tak cakap pun yang awak ada kembar.” Safa terpana. Dia rasa pelik pula melihat dua orang yang berwajah sama. Namun bila dilihat lebih jelas, Rafi mempunyai parut kecil di dahinya manakala wajah Naim kelihatan garang. Bila difikirkan, barulah semuanya jelas kini.
“Itu tandanya kita kena kenal lebih dekat lagi.” Dalam maknanya jawapan Rafi itu membuatkan Safa tersipu.
“Kau tak cakap kau ada girlfriend?” Naim tiba-tiba mencelah.
Rafi ketawa kecil. “Kau ingat kau sorang ada girlfriend? Hehehe.. Ok.. meh aku kenalkan, ni girlfriend aku Safa. Yang ni sepupu dia Mira.”
“Ei.. bila masa kita couple ni?” Safa mencebik padahal jantungnya hampir melompat keluar.
“Kalau macam tu, nak tak awak jadi girlfriend saya?” soal Rafi dengan muka selamba.
Semua mata memandang Rafi dengan wajah tidak percaya.

***************

Safa merenung jauh ke luar tingkap kaca. Komuter itu sudah jauh meninggalkan stesen KTM Seremban. Dia tersenyum-senyum sendiri. Rafi.. Rafi.. Nekad betul dia tadi. Dalam keadaan macam tu pun dia boleh bersikap ceria lagi. Terus-terang pulak tu.
            Ketika itu telefon bimbitnya berlagu.
            “Assalamualaikum.. dah kat mana tu?” Terdengar suara Rafi di hujung talian.
            “Waalaikumsalam. Baru tolak dari Seremban. Setengah jam lagi sampailah.”
            “Kalau dah sampai beritahu saya tau. Risau pulak awak balik sorang-sorang.” Nadanya amat mengambil berat.
            “Saya dah biasalah.”
            “Dah biasa pun, kena hati-hati jugak.”
            “Ok. Ok. I will. Jangan risau.”
            Dia terdengar suara Rafi ketawa sebelum talian diputuskan.
Safa tersenyum lebar. Hatinya berbunga riang. Mungkin dia patut beri sedikit ruang untuk pemuda itu bermanja.

No comments:

Post a Comment