~ Anything About My Boring Life ~

Wednesday, 9 November 2011

Untuk Dia Yang Sudi Prolog




PROLOG

TERSENTAK Jasrina bila telefon bimbitnya tiba-tiba berlagu. Dia kenal benar bunyi nada dering itu. Lagu itu disetkan khas atas nama insan yang rapat dengannya. Dia segera menekan butang.
“Hello Eva!” Mesra suaranya.
“Em.. hello.” Suara asing menampar gegendang telinga. Ini suara lelaki. Jasrina mengerutkan dahi.
“Siapa ni?”
“Saya terjumpa handphone ni dekat celah bangku kat Mid Valley. Dah dekat setengah jam saya tunggu kat sini tapi si tuan punya tak muncul-muncul. Nombor awak nombor pertama dalam received calls.”
 Jasrina menepuk dahi. “Er.. tu telefon adik saya. Awak masih kat situ lagi ke?”
“Iya. Saya masih kat sini tapi tak boleh tunggu lama-lama. Boleh awak datang sini?”
Jasrina menjeling jam di tangan. Sudah pukul enam setengah petang. Semua staf sudah pulang. Hanya dia seorang yang masih bertungkus-lumus menyiapkan laporan akhir bulan. Lagipun dia tidak mengenali lelaki itu. Takut juga andai berlaku apa-apa kelak.
“Hello.. hello..” Suara lelaki itu sekali lagi terdengar di hujung talian.
“Dalam setengah jam lagi saya sampai. Nak jumpa dekat mana?”
“Kita jumpa depan La Boheme. Beritahu saya bila awak dah ada kat sini.”
“Okay.” Serentak itu talian dimatikan.
‘Eva.. Eva.. cuai sangat sampai handphone pun boleh tercicir,’ desis hati kecilnya. Jasrina tidak menunggu lama. Komputer dimatikan lantas dia terus beredar.
Jasrina tiba agak lewat sedikit kerana lot parkir hampir penuh. Berpusing-pusing dia memandu. Kala dia tergopoh-gapah mencari kedai La Boheme, telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi.
“Saya baru sampai. Tunggu kejap!” arah Jasrina.
“Cepat sikit.” Talian diputuskan.
“Amboi! Sesuka hati dia aje nak mengarah-arah orang. Nasib baiklah ini telefon Eva. Kalau tak, malas aku nak ambil tahu,” rungut Jasrina. Dia tiba di depan kedai. Tatkala itu dia nampak seorang jejaka berbaju merah sedang bersandar di tepi eskalator. Hatinya berdegup kencang. Entah mengapa dia begitu yakin itu orangnya.
Tangannya lantas mendail nombor telefon Eva. Sah! Jejaka itu terus sahaja menjawab panggilan.
“Dekat mana dah?”
“Dah sampai.” Jasrina menghampiri.
Lelaki itu terus berdiri tegak. “Oh, awak rupanya. Ni handphonenya. Saya pulangkan.”
Hulurannya segera bersambut. “Baik sungguh hati awak ya? Jarang ada orang macam awak sekarang ni,” puji Jasrina ikhlas.
“Saya cuma tak nak rasa bersalah kalau simpan barang yang bukan hak saya. Okaylah. Saya blah dulu. Dah lewat sangat ni.”
Thanks ya?”
Lelaki misteri itu sekadar mengangkat tangan seraya berlalu pergi. Dia kelihatan tergesa-gesa. Jasrina hanya memerhati. Dia merenung telefon bimbit itu. Langkahnya dihalakan pula pada restoran makanan segera yang terdekat. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi.

No comments:

Post a Comment